Pada 23 Julai 1948, pertemuan seramai 75 orang wakil-wakil pertubuhan di Victoria Institution telah membuka laluan kepada penubuhan Majlis Belia Malaya. Ekoran dari penubuhan Jawatankuasa Khas Sementara Belia ini, Abdul Razak Hussein (Tun) dan Tengku Jaafar telah mewakili Tanah Melayu di Persidangan Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) di Brunei. Bermula dari itulah WAY telah mengiktiraf MBM (sementara) sebagai Jawatankuasa Kebangsaan baginya di Tanah Melayu.Perwakilan belia yang bersidang pada Julai 1948 telah membincang dan berusaha menubuhkan Majlis Belia Negeri dan Petempatan. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Province Wellesly telah ditubuhkan pada 17 November 1948 dan merupakan Majlis Belia Negeri yang pertama di Tanah Melayu.Majlis Belia Malaya telah diiktiraf secara rasmi pada 9 September 1950 di Pulau Pinang setelah perlembangaannya diterimapakai. Mesyuarat Agung pertama telah diadakan dengan kehadiran badan-badan gabungan iaitu Majlis Belia Negeri. Pada tahun 1951, Kerajaan telah mengiktiraf Majlis Belia Malaya sebagai Majlis Belia Kebangsaan bagi pertubuhan belia di negara ini.Majlis Belia Negeri Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dan didaftarkan semula pada 2 oktober 1985. Seiring dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, MBNP telah mendaftar semula dengan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia.